Where am I lately?

December 25th, 2007

Salam sejahtera,

Mungkin soalan diatas berlegar-legar di fikiran pelawat SistemRahsia.com. Saya mohon maaf kerana bulan Disember ni saya tidak dapat membuat sebarang post yang bermanfaat kepada anda, selain dari post yang berbentuk komersial iaitu dari TeknikNiche.com.

Saya masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan talian Internet persendirian memandangkan servis yang disediakan oleh pihak universiti ini sangat-sangat terhad, malah saya tidak dapat langsung untuk mengakses ke akaun CPanel saya serta beberapa laman web lain.

Saya ke Mid Valley semalam untuk mendapatkan servis Internet dari Jaring namun disini coverage untuk WIFI Jaring masih lagi tiada. Sama seperti Maxis dan juga Izzi.com.my.

Juga komitmen kepada pelajaran sedikit sebanyak membataskan masa saya untuk online. Boleh dikatakan saya bekerja secara full time di dalam ’suasana’ part time (ketika bercuti dulu - sebelum masuk U). Faham tak? :P
Dan dari sini saya juga telah sedar masa penting saya kini mesti lebih banyak dihabiskan kepada kerja-kerja yang lebih penting, dan untuk kerja-kerja yang saya rasakan kurang berbaloi dengan masa saya akan diberikan kepada pembantu saya dalam masa terdekat ini.

Kerana jika saya masih terus melakukan kerja-kerja yang tidak membawa kepada tumbesaran syarikat saya,

“I’m still be in a self employed type of business”

Dengan kata lain saya masih lagi tidak memiliki sebuah perniagaan, tetapi hanyalah bekerja sendiri.

Tinggal beberapa hari lagi kita akan masuk ke tahun 2008, dan bermula tahun depan SistemRahsia.com akan tetap beroperasi seperti biasa walaupun fokus saya pada tahun hadapan adalah 90% pasaran luar dan 10% pasaran Malaysia. Saya mengakui bahawa untuk mencapai tahap keuntungan syarikat yang telah saya tetapkan (untuk 3 tahun akan datang), saya mesti pergi ke pasaran luar.

Ini bukan kerana pasaran Malaysia tidak menguntungkan, tetapi untuk mencapai target keuntungan syarikat, mahu tidak mahu saya perlu ke pasaran antarabangsa.

Namun, saya masih tidak mengabaikan pelanggan setia SistemRahsia.com, termasuk TeknikNiche dan juga PanduanAffiliate. Kerana anda adalah pelanggan saya yang hebat dan sangat saya hargai!

Baiklah, cukup sedikit perkembangan mengenai saya. Untuk pelanggan-pelanggan saya, jika anda mengalami sebarang masalah samada muat turun, masih tidak mendapat emel pakej, atau sebarang pertanyaan silalah hubungi saya di support SistemRahsia.com di :

www.SistemRahsia.com/support

Akhir kata, selamat maju jaya, semoga perniagaan anda semakin maju pada tahun 2008!

Amirul Faisyal,

PS: Jika anda ingin memulakan perniagaan Internet anda dan masih lagi tercari-cari produk yang ingin dijual, dapatkan pakej reseller terhad TeknikNiche disini. Hanya 87 lesen sahaja dibekalkan. Mulakan tahun 2008 anda dengan keuntungan jualan pakej TeknikNiche anda! KLIK SINI.

TeknikNiche Dilancarkan!

December 12th, 2007

Salam sejahtera,

Baiklah, setelah beberapa siri blog post yang berkaitan dengan TeknikNiche:

TeknikNiche….Coming Soon

Pakej Reseller Terhad TeknikNiche?

Nak Pakej TeknikNiche Secara Percuma?

TeknikNiche’s Helicopter View

…akhirnya ia telah dilancarkan secara rasmi pada hari Isnin lepas.

TeknikNiche.com

Dan secara ringkasnya:

1) Pakej TeknikNiche personal use hanya ditawarkan kepada 100 pembeli sahaja (di TeknikNiche.com)

2) Pakej reseller terhad TeknikNiche hanya ditawarkan kepada 87 pembeli sahaja.

Ya, saya memilih untuk membuat tawaran terhad hanya kepada 100 orang pembeli sahaja bagi pakej TN personal use adalah kerana saya ingin memberi peluang kepada reseller-reseller mendapatkan market share mereka sendiri. This because I already know the ‘buying trend’ in Malaysia. :)

Untuk pakej reseller terhad TeknikNiche, anda mungkin sedia maklum kenapa saya memilih untuk menghadkannya hanya kepada 87 pembeli sahaja. Jika belum anda boleh membaca entri saya sebelum ini disini.

http://sistemrahsia.com/pengumuman-khas/pakej-reseller-terhad-teknikniche

Dan buat pengetahuan anda, TeknikNiche ini merupakan ebook saya yang terakhir. Saya tidak akan lagi menerbitkan sebarang ebook berbayar selepas ini (mungkin dalam masa setahun atau lebih) kerana saya akan memfokuskan perniagaan Internet pasaran luar negeri.

Namun, saya tetap akan menulis dan insyaAllah menghasilkan ebook-ebook berkualiti yang akan diberikan percuma disini.

So, stay tuned to blog SistemRahsia. Dan jangan lupa untuk mendapatkan ‘buah tangan’ terakhir saya ini. :)
TeknikNiche.com

TeknikNiche’s Helicopter View

December 5th, 2007

Salam sejahtera,

Agak lama masa yang saya ambil untuk menulis kembali perkembangan TeknikNiche saya. Untuk kuiz di entri sebelum ini, saya akan menghubungi anda (pemenang) dalam masa terdekat ini, namun saya tidak akan mengumumkan disini siapa pemenangnya.

Jutaan terima kasih untuk semua yang telah memberikan sebab-sebab mereka! Saya hampir pening untuk menentukan siapakah yang layak untuk memenangi pakej TeknikNiche saya ini! Semuanya bagus-bagus belaka. Terima kasih!

Alhamdulillah saya telah mendapat akses Internet di kolej namun ianya cuma dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sedikit sebanyak mengganggu kerja-kerja perniagaan Internet saya, tidak mengapa kerana saya akan menggunakan akses Internet sendiri menggunakan Jaring Wireless, dan bukannya perkhidmatan Internet yang disediakan oleh universiti lagi.

Baiklah, hari ini saya tidak akan bercerita panjang mengenai hal-hal universiti ini, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

Apa yang saya ingin dedahkan kepada anda hari ini ialah satu lagi ‘lubang grafik rahsia’ yang terbocor dari TeknikNiche.com. Ianya adalah TeknikNiche’s Helicopter View.

TN-Helicopter-View

TeknikNiche’s Helicopter View ini adalah peta minda untuk membantu anda mendapatkan gambaran kasar (big picture) berkaitan dengan apa yang anda akan pelajari dari panduan TeknikNiche saya. Dan pastinya saya bukanlah sengaja mencipta grafik ini tetapi saya tidak mahu anda mengalami simptom yang saya highlight-kan di dalam SistemFokus saya iaitu penyakit Information Overload.

Dengan bantuan grafik ini diharap ianya akan membantu mengelakkan anda dari mengalami Information Overload ketika menelaah manual TeknikNiche saya nanti. Ya, jumlah mukasurat untuk manual TeknikNiche sahaja adalah sebanyak 119 mukasurat!

Baiklah, cukup buat setakat ini, pakej TeknikNiche saya sudah 90% sedia untuk dilancarkan dan saya tidak akan memaklumkan lagi disini, dan jika anda ingin menjadi antara yang pertama yang mengetahui tarikh pelancaran sebenar TeknikNiche, anda boleh mendaftar dengan menjadi VIP List TeknikNiche disini:

http://www.TeknikNiche.com

Sehingga berjumpa lagi di entri yang seterusnya!

Amirul Faisyal,

Nak Pakej TeknikNiche Secara Percuma?

November 30th, 2007

Salam sejahtera,

Bersempena dengan pelancaran pakej TeknikNiche saya
dalam masa yang terdekat ini, saya dengan ini ingin
menghadiahkan DUA pembaca blog SistemRahsia
yang bertuah dengan pakej TeknikNiche (personal use)
secara PERCUMA!

Hm…kalau dah percuma mesti ada syaratnya kan?

Apa yang anda perlu lakukan adalah menulis di bahagian
komen, sebab mengapa saya patut memberikan pakej
TeknikNiche kepada anda secara percuma.

Ini adalah syarat-syarat ringkas:

1) Anda boleh menulis seberapa panjang yang anda mahu.

2) Setiap orang hanya dibenarkan menghantar SATU sebab (dengan kata lain satu komen) sahaja.

Pemenang akan ditentukan oleh saya sendiri berdasarkan
kualiti sebab-sebab yang diberi dan keputusan saya adalah
muktamad, dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Baik, inilah peluang anda untuk memenangi pakej TeknikNiche
saya yang bernilai RMXX (hint: lebih dari RM50!) ini dengan
PERCUMA!

Berikan sebab anda sekarang!

Selamat berjaya,

Amirul Faisyal

p.s: Jadilah VIP list TeknikNiche untuk mendapatkan potongan harga istimewa bagi Pakej TeknikNiche yang bakal terbit! Daftar disini:

TeknikNiche.com

*TERKINI : Pertandingan a.k.a kuiz ini akan ditutup pada hari Isnin 03/12/07. Harap maklum.

Pakej Reseller Terhad TeknikNiche?

November 29th, 2007

Salam sejahtera,

Mungkin ada sebilangan dari anda yang perasan pada gambar di minisite TeknikNiche yang saya ‘bocorkan’ kelmarin terdapat satu link ‘Pakej Reseller Terhad’.

Ya, terdapat juga pakej hak jualan semula TeknikNiche untuk anda yang mahu menjana pendapatan melalui ebook TeknikNiche ini.

Saya tidak mahu memaklumkan lagi apa yang anda dapat dari pakej hak jualan semula TeknikNiche ini, cuma apa yang saya dapat ringkaskan adalah anda akan terima pakej yang sangat bernilai - lebih dari apa yang anda akan bayar.

Dan untuk pakej hak jualan semula ini saya telah tetapkan bahawa hanya 87 tempat sahaja yang akan diberikan.

Mengapa 87?

Kerana angka tersebut sangat sinifikan dengan saya. 87 adalah harga pakej SistemRahsia v 1.0 saya yang habis dijual dalam masa 47 hari sahaja (100 tempat) dan 87 juga adalah tahun saya lahir. Jadi saya rasa ini penerangan terbaik kenapa saya menghadkan hanya kepada 87 pakej jualan semula sahaja.

Tarikh pelancaran pakej TeknikNiche?

Buat masa sekarang boleh saya katakan keseluruhannya 80% telah siap sedia.

Dan pastinya pakej TeknikNiche ini akan dilancarkan dalam bulan Disember nanti, cuma tarikhnya masih belum dapat ditentukan dengan tepat.

Jangan risau, saya yakin penantian anda akan berbaloi. This gonna be my last product and I’ll throw in lots of valuable niche marketing insights on this practical ebook.

Jika anda ingin menjadi antara yang pertama mendapatkan TeknikNiche atau mengetahui tarikh pelancarannya, anda boleh melanggan sebagai VIP list di TeknikNiche.com sekarang:

TeknikNiche.com

Sebagai VIP list anda juga akan menerima diskaun istimewa untuk mendapatkan pakej TeknikNiche ini.

So stay tuned!

Amirul Faisyal,

TeknikNiche…coming soon…

November 27th, 2007

Dibawah adalah sedikit ‘lubang grafik rahsia’ yang terbocor dari laman web TeknikNiche.com.

TeknikNiche - Membongkar Pasaran Niche Yang Menguntugkan!

——————————————————–

F.A.Q TeknikNiche:

1. Apa itu TeknikNiche?

TeknikNiche merupakan sebuah ebook panduan praktikal langkah demi langkah bagaimana untuk mengkaji dan membongkar pasaran niche yang lumayan.

2. Pasaran niche? Apa itu pasaran niche?

Pasaran niche atau juga dikenali sebagai pasaran tertumpu merupakan sebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu dimana mereka berkongsi minat, hobi, atau kemahuan yang sama. Mereka juga boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan di dalam sesuatu kelompok geografi.

Untuk maklumat lanjut dan takrifan yang lebih mendalam mengenai pasaran niche ini, anda boleh rujuk disini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Niche_market

3. Mengapa pasaran niche?

Pasaran niche mempunyai kadar persaingan yang rendah. Dan biasanya pasaran niche adalah pasaran yang tidak akan dimasuki oleh ‘ikan-ikan besar’ di dalam perniagaan kerana bagi mereka segmen pasaran niche tidak membawa keuntungan yang sangat besar kepada syarikat-syarikat besar seperti mereka.

4. Apa yang saya akan dapat dari TeknikNiche?

Sebuah ebook praktikal (tebal 100++ mukasurat dan lebih dari 120 screenshot) langkah demi langkah untuk anda:

[1] Membongkar pasaran niche yang sesuai untuk anda.

[2] Menentukan samada pasaran niche itu lumayan atau tidak. Disini juga saya akan membongkar satu kesilapan maut usahawan Internet tempatan di dalam menentukan pasaran niche yang lumayan.

[3] Membuat kajian katakunci dengan mudah dan percuma.

[4] Membina blog Wordpress untuk pasaran niche anda.

[5] Plugin-plugin Wordpress yang wajib ada untuk membantu meningkatkan traffik percuma ke blog Wordpress anda.

[6] Sumber-sumber percuma untuk membina kandungan blog niche anda.

[7] Langkah demi langkah mencipta produk informasi digital anda, samada ebook, video tutorial ataupun mp3 audio. Juga sebuah perisian percuma untuk anda gunakan bagi membina video tutorial anda.

[8] Bongkar rahsia pakar pemasaran Internet antarabangsa! Ketahui bagaimana mereka melakukan kajian pasaran niche untuk membina produk informasi digital yang betul dan bagaimana anda juga boleh melakukannya TANPA sebarang kos! (hint : percuma)

[9] Dan banyak lagi!

———————————————-


.
.
.
.
.

. . . nantikan kemunculannya. . . Disember 2007

Laporan Percuma Panduan Membeli Belah Secara Online

November 26th, 2007

Salam sejahtera,

Muat turun panduan ini jika anda ingin mempelajari bagaimana untuk melakukan transaksi jual beli melalui Maybank2u.com, CIMBClicks.com.my dan juga PayPal.

Ebook panduan ringkas ini dihasilkan oleh saudara Sham dari RajaAdsense.com dan disokong bersama oleh komuniti WangCyber.com.

Muat turun sekarang:

http://www.sistemrahsia.com/panduan-membeli-secara-online.pdf

“Right Click and Save As”

Perhatian Kepada 2 Nama Ini

November 25th, 2007

Minta dua pelanggan SistemRahsia ini:

1. MOHD HAFZI HERMAN BIN CHE
2. NOORLIN FARANI

Sila lengkapkan tempahan anda dengan menghantar maklumat diri anda disini:

http://www.sistemrahsia.com/v2/tempah.php

Kerjasama anda sangat diharapkan,

Harap maklum,

Menjadi Pelajar U Dan Kisah Adik-Adik Genius!

November 23rd, 2007

Salam sejahtera,

Saya terpaksa menulis juga hari ini kerana saya mungkin tidak akan online selama seminggu bermula Isnin depan (26 November 07) sehinggalah Jumaat 30 November 07.

Ini kerana saya akan mendaftar (dan mengikuti program orientasi) di sebuah universiti swasta di Bangi untuk menyambung pengajian saya di dalam jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal.

Namun saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mendapatkan sebarang akses Internet apabila disana nanti.

I’m going to be a student back. :)

Baiklah, hari ini saya tak nak berbincang hal-hal berat mengenai perniagaan Internet mahupun motivasi tetapi apa yang saya nak highlight-kan hari ini adalah trend yang saya nampak sekarang di dalam dunia perniagaan Internet Malaysia.

Dan apa yang saya lihat sekarang adalah satu perkembangan yang positif dari anak-anak muda (lebih muda dari saya) yang berjiwa usahawan.

Kalau dulu kita boleh lihat adik Labanon sebagai contoh usahawan muda, dan kini kita boleh tengok Labanon jr. sudah muncul.

Ya, kalau dulu pelajar sekolah menegah sudah memulakan perniagaan Internet mereka, kini pelajar sekolah rendah (yang even tak masuk darjah enam lagipun) sudah memiliki perniagaan Internet mereka sendiri!

Haha, anda terkejut? Saya pun begitu, namun saya terkejut gembira melihat trend ini berlaku.

Sekurang-kurangnya mereka tidak membuang masa dengan aktiviti yang tiada manfaat untuk mereka di Internet, dan lebih dari itu mereka mungkin tidak perlu lagi meminta wang ibu bapa mereka untuk membeli koleksi action figure Naruto kesayangan mereka.

(Hehe, sekadar contoh sahaja. Tapi saya yakin mereka akan melaburkan kembali wang mereka untuk perniagaan Internet mereka.)

Siapakah mereka?

Ya, saya sebutkan ‘mereka’ sebab adik-adik genius yang mempunyai perniagaan Internet mereka sendiri ini adalah dari jumlah yang banyak.

Contoh?

Ini yang saya dapat lihat setelah saya mengunjungi laman web WangCyber.com dan melihat kelibat adik ini:

Perniagaan-Internet-Si-Cilik

*Lihat anak panah, adik ini baru darjah lima! Tahun depan beliau akan mengambil UPSR!

Dan saya terus ke laman web perniagaan Internet mereka disini:

http://4maxdesign.com/

Dan pergi ke bahagian ‘Mengenai Kami’, ini yang mereka nyatakan:


Kami ialah sekumpulan murid tahun 6 yang belajar di
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman. Ahli kumpulan
kami terdiri daripada Khai, Zack, Ash, Amin.
Kami bercita-cita ingin menubuhkan dan menjadi usahawan internet yang termuda di Malaysia.

Hm…selepas saya membaca ayat diatas, saya tersenyum sendiri.

Wa…bertuah budak-budak ni, muda-muda lagi dah pandai buat bisnes Internet.

Kalaulah ada lagi adik-adik genius seperti mereka ini yang mempunyai perniagaan Internet sendiri (mungkin diluar pemerhatian saya), Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang positif kepada industri perniagaan Internet di Malaysia ini sendiri.

Dan jika anda pembaca blog SistemRahsia yang mempunyai anak yang sebaya mereka, mungkin anda boleh mula untuk mengajar mereka ilmu-ilmu keusahawanan Internet yang betul.

Mana tahu nanti mereka dah pandai buat duit sendiri, jimat duit poket anda, hehe. :P
Untuk adik CyberBoyz dan kawan-kawan: Keep up the good work. Tahniah di atas apa yang anda telah dan sedang lakukan di dalam membina perniagaan Internet anda! Saya doakan anda berjaya di dalam perniagaan anda! Tetapi jangan leka sampai tak siap kerja rumah sudahla yek, hehe.

Oh ya, sekali lagi saya ingin maklumkan saya mungkin tidak dapat online selama seminggu pada minggu hadapan (minggu orientasi di universiti) jadi sebarang tempahan akan saya siapkan pada Jumaat malam Sabtu (30 November 07) nanti.

Amirul Faisyal,

p.s: SistemModel menunjukkan lima model perniagaan Internet masakini yang akan memberi panduan kepada anda untuk memulakan perniagaan Internet anda. Dapatkan SistemModel dengan mendapatkan pakej SistemRahsia v.2.0 sekarang.

Lima Perkara Saya Lakukan Di Pagi Hari

November 21st, 2007

Makluman: Saya offline mulai hari ini hingga Jumaat untuk menguruskan hal kemasukan ke Universiti. Segala tempahan akan diuruskan Jumaat malam Sabtu nanti. Tq

Salam sejahtera,

Apakah perkara pertama yang anda buat apabila anda mula menghadap komputer di pagi hari?

-Semak emel?

-Baca entri terkini blog-blog yang anda langgan?

-Pergi ke forum?

-Atau laman-laman web yang lain?

Baiklah, di dalam SistemFokus saya ada menceritakan beberapa perkara yang anda TIDAK patut buat pada pagi hari untuk mengelakkan tumpuan (fokus) anda kepada perniagaan Internet anda terjejas.

Dan pada saya, apa yang anda buat di pagi hari ketika mula membuka komputer akan menjadikan keseluruhan hari anda bagus ataupun tidak.

Either you make or break your entire day.

“Apa yang make your day dan apa yang break your day, Amirul?”

Baik, dari sudut pandangan peribadi saya (hasil dari pembacaan), terdapat beberapa perkara yang anda suntik ke dalam minda anda di pagi hari, samada positif atau negatif akan memberi impak yang besar kepada keseluruhan hari anda tersebut.

Contoh jika pagi hari anda telah didedahkan dengan berita-berita tentang peperangan, berita rusuhan, dan berita-berita yang lebih kepada unsur yang negatif;

Anda akan menjadi negatif untuk hari tersebut.

Bermakna disini berita tadi telah menjadi ‘toksik’ kepada minda anda.

Akan tetapi, jika anda melihat atau membaca atau mendengar sesuatu yang positif, ianya akan membuatkan anda bersemangat sehingga ke malam hari, untuk melakukan kerja-kerja harian yang akan membawa anda untuk mencapai impian anda (goal).

Jadi anda dimana?

——————————————–

Dibawah saya senaraikan beberapa perkara yang saya sendiri telah lakukan untuk menjadikan saya lebih positif dan fokus kepada kerja-kerja yang akan membantu saya mencapai impian saya.

1. Tidak membaca akhbar atau menonton berita di pagi hari.

Inilah antara perkara yang paling saya elakkan. Kalau dulu setiap kali buka PC saya akan terus ke laman web berita untuk mengetahui perkembangan semasa apa yang berlaku di sekitar saya, dan apa yang saya lihat kebanyakan berita adalah lebih kepada unsur-unsur negatif seperti pergaduhan, peperangan, dan child abuse.

Ini tidak bagus untuk emosi saya. Lantas saya terus tidak membuka laman-laman web berita di pagi hari.

Dan setelah melakukan ini, saya merasakan minda saya lebih tenang dan mampu untuk lebih fokus kepada kerja-kerja yang akan saya lakukan. Lebih penting lagi, saya dapat tingkatkan tahap positif saya!

2. Tidak melayari laman-laman web yang tiada kaitan dengan kerja saya.

Ya, bagi saya pagi adalah antara waktu paling produktif untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan bukannya waktu ideal untuk melayari laman-laman web yang tidak membawa sebarang manfaat kepada kerja-kerja kita.

Membuka laman-laman yang tidak berkaitan dengan kerja hanya akan melalaikan seterusnya ‘melarikan’ kita jauh dari kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan.

3. Menonton atau mendengar tips-tips motivasi.

Kalau di TV, anda boleh tonton ceramah-ceramah motivasi di pagi hari oleh pakar-pakar motivasi Malaysia, dan jika anda tiada akses kepada TV anda boleh mencarinya di YouTube.

Dan buat pengetahuan anda, YouTube adalah destinasi terawal saya pergi pada pagi hari sebelum memulakan kerja-kerja saya!

Tidak, saya tidak menonton video-video hiburan mahupun trailer-trailer movie terkini tetapi saya menonton video-video motivasi dari pakar-pakar motivasi antarabangsa.

Ya, di YouTube cukup banyak video-video sebegitu, dan puratanya saya akan menonton sebanyak satu video pada setiap pagi.

4. Membaca artikel-artikel motivasi

Selain menonton video motivasi, saya juga membaca artikel atau blog-blog yang memberi inspirasi dan motivasi untuk lebih bersemangat di dalam menyiapkan kerja-kerja saya.

Contoh laman web yang akan saya pergi untuk membaca artikel adalah laman Success.com. Saya juga melanggan newsletter mereka supaya saya tidak akan ketinggalan sekiranya terdapat artikel-artikel motivasi baru yang diterbitkan.

Anda boleh melihat dan membaca koleksi artikel motivasi disini:

http://www.success.com/articles/

5. Membaca kembali impian (goal) saya.

Untuk mengekalkan momentum bekerja saya supaya ianya selari dengan impian saya, saya juga akan melihat kembali satu kad kecil (saya tulis impian saya beserta dateline) yang telah di-laminate dan di-letakkan di dalam wallet saya pada setiap pagi.

Dari sini saya dapat menilai kerja semalam saya, adakah ianya selari dengan impian saya? Jika tidak saya mesti membetulkannya supaya saya boleh stay on my track.

Dengan cara ini ia sebenarnya membantu saya untuk lebih fokus kepada langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk mencapai impian yang telah saya tulis (kejar dateline katakan, hehe).

——————————————————-
happy always!
Baiklah, cukup lima perkara diatas yang saya sendiri telah amalkan dan akan terus amalkannya.

Jika anda masih belum lakukannya, cuba lakukannya.

Saya yakin sedikit demi sedikit perubahan akan mula berlaku dalam hidup anda jika anda melakukan salah satu perkara diatas.

Cuba jangan tak cuba!

Sekian, Amirul’s pep talks,

p.s : Satu video menarik untuk anda, dari Napoleon Hill - What the mind can conceive, believe & achieve. Hayati apa yang beliau katakan!

p.s.s : Jika anda mempunyai cara anda sendiri yang anda lakukan di pagi hari untuk mengekalkan tahap motivasi dan momentum anda, apa salahnya berkongsi dengan saya dan pembaca lain? Hantarkan komen anda dibawah!

Image credit to: http://positivesharing.com/happyhouris9to5/bookhtml/happyhouris9to55_html_m12da416b.jpg